KEMUDAHAN
DiMuara Chalet menyediakan pelbagai kemudahan untuk semua pengunjung yang datang ke sini. Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat BBQ, kemudahan sukaneka, bola tampar pantai dan sebagainya. Kami juga sedia menerima permintaan pengunjung seperti menyediakan keperluan mengikut selera pengunjung. Selain itu, kedudukan DiMuara Chalet yang berhampiran dengan muka kuala menjadikannya begitu strategik kepada peminat joran. Di sini merupakan lubuk ikan dan sentiasa menjadi tempat pertandingan memancing. Batu-batuan yang dijadikan benteng penahan ombak merupakan tempat yang amat sesuai untuk memancing. Pengunjung yang datang ke sini juga boleh menikmati keindahan pokok-pokok ru dan kelapa yang rendang dan kampung-kampung nelayan yang tenteram. Pada sebelah pagi dan petang pula pengunjung boleh melihat dan mendengar deruan enjin bot-bot nelayan yang keluar menangkap ikan. Pengunjung juga boleh mendapatkan bekalan ikan segar yang mendaratkan ikan mereka tidak jauh dari sini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan