Khamis, 2 April 2009

DIMUARA CHALET TOK BALI KELANTAN


DiMuara Chalet, Pasir Puteh, Kelantan.

Adalah destinasi percutian yang mengasyikkan dan penuh keseronokan. Ia terletak betul-betul di muara sungai yang menjadi tempat pertemuan air tawar dan air masin. Kedudukannya yang strategik menjadikannya begitu unik berbanding dengan tempat-tempat lain.Pengunjung boleh meneroka keindahan kampung-kampung nelayan, deretan pokok kelapa, dan pokok ru yang tumbuh melata di sepanjang pantai. Deruan enjin bot-bot nelayan membawa hasil tangkapan dari laut menerusi muara ini begitu mengasyikkan.Pengunjung boleh datang ke DiMuara Chalet melalui jalan darat dari arah Kota Bharu ( Kota Bharu - Kubang Kerian - Bachok - Tok Bali ), dari arah Kuala Terengganu ( Kuala Terengganu - Besut - Semerak - Tok Bali ) atau dari arah Grik ( Grik - Jeli - Pasir Puteh - Tok Bali ). Jarak dari Kota Bharu lebih kurang 45km dan dari Pasir Puteh lebih kurang 16km.Jangan lepaskan peluang, nikmatilah percutian anda bersama DIMUARA CHALET pada harga yang berpatutan. Kami sentiasa menunggu kedatangan anda.


Hubungi kami segera:DIMUARA CHALET Tok Bali, Lot 63, Kg. Ayer Tawar, 16700 Semerak, Kelantan.

(019-9227899 Ina atau 013-9861406 Silmi)

KEMUDAHAN

KEMUDAHAN

DiMuara Chalet menyediakan pelbagai kemudahan untuk semua pengunjung yang datang ke sini. Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat BBQ, kemudahan sukaneka, bola tampar pantai dan sebagainya. Kami juga sedia menerima permintaan pengunjung seperti menyediakan keperluan mengikut selera pengunjung. Selain itu, kedudukan DiMuara Chalet yang berhampiran dengan muka kuala menjadikannya begitu strategik kepada peminat joran. Di sini merupakan lubuk ikan dan sentiasa menjadi tempat pertandingan memancing. Batu-batuan yang dijadikan benteng penahan ombak merupakan tempat yang amat sesuai untuk memancing. Pengunjung yang datang ke sini juga boleh menikmati keindahan pokok-pokok ru dan kelapa yang rendang dan kampung-kampung nelayan yang tenteram. Pada sebelah pagi dan petang pula pengunjung boleh melihat dan mendengar deruan enjin bot-bot nelayan yang keluar menangkap ikan. Pengunjung juga boleh mendapatkan bekalan ikan segar yang mendaratkan ikan mereka tidak jauh dari sini.

PAKEJ PELAJAR

Dapatkan PAKEJ PELAJAR dengan harga tawaran yang menarik daripada DIMUARA CHALET hari ini.
Penginapan bilik / dorm hawa dingin = RM6.50 seorang
Bilik urusetia = RM50.00 satu bilik
Dewan makan pelajar ( terbuka ) = Percuma Dewan makan urusetia ( hawa dingin ) = Percuma Makan minum pelajar 6 kali sehari = RM12.00 ( Sarapan pagi, kudapan pukul 10.00am, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam )
Surau tertutup